Saturday, 20 July 2013

SEMPENA HARI PAHLAWAN 31/7/2013

PAHLAWAN

Merongkok nadi sendulah rasa
Kerana semalam kisah sayu
Memamah hati
Dalam kehitaman sejarah bumi bertua
Mati nya pahlawan kerana 
Mempertahan kan negara

Pahlawan
Dengan peluru dan titisan darah
dengan keringat yang tumpah
Gugur mu gugur yang melingkar sejarah
Mati mu hanya mati pada jasad
Dan mati mu hanya mati dari jagat

Pahlawanku

Ketauhi lah kamu bahawa gugur mu
Akan di kenang dalam doa dan restu
Akan diukir nama pada sebuah tugu
Sebagai kenangan paling abadi

Doakan mereka kurniaan dan jihad
Kenang lah dengan tekad
Bahawa kamu menyambung wasiat
Tentu ada warisan dalam darah
Dalam sejarah 

Pahlawan

Kami anak anak mengugat zaman
Bukan nya lumra dengan tekad dan sumpah
Tapi akan mengukir sejarah seperti mu jua
Demi ibu pertiwi..Tanah bertua
Ku rela menitiskan darah

Pahlawan

Hari ini hari mu dalam kenangan
Kerana jasa dan bakti mu yang
Tidak terbilang
Kami kenangi dalam sedu.....
Dan sumpah pahlawan

Pahlawan

Semadilah dikau dengan taburan bunga bunga
Di pusara mu
Lambang kenagan
Yang abadi
di iringi doa doa moga kau
berada dalam golongan orang orang yang mati sahid
Kerana bintang bintang kebesaran
Sudah tidak bererti buat mu lagi
Bersamadi lah dengan tenang disana
Moga allah mencucuri rahmat buat mu


Hasil nukilan>

Ayukartika/Skn/july13

No comments:

Post a Comment