Thursday, 18 April 2013

SEMALAM DENGAN ANUGERAH MU

SEMALAM

Semalam lena ku panjang
lena ku di buai dengan sejuta angan
Tidur ku berbantal kan kerinduan
Mimpi ku di ulit sang harapan

Semalam Mimpi ku indah
Umpama bulan yang bersinar purnama
Ada lah lampu tidur ku
Berselimutkan
Dakapan sang arjuna
Semalam mimpi ku indah
Ku melihat sang  pungguk
Tersenyum mesra

Umpama semarak indah nya alam
Begitu lah kebesaran illahi
Anugerah nya tidak terhingga
membuat setiap insan
Bahagia dan derita
Apa pun anugerah mu ya allah
Aku bersyukur menjadi
Insan kerdil menerima segala
Anugerah mu

Lena ku terjaga di subuh yang hening
Begitu tenang jiwa ini
Sykr ku tidak terhingga kerana disubuh
ini aku terjaga lagi
Terimah kasih ya allah..
Kerana engkau memanjang kan usia ku hari ini

Terimah kasih diatas anugerahmu
Mempertemukan aku dengan nya
Semoga ini bukan titik akhir bagi ku

Hasil nukilan >

Ayukartika/Sandakan/sabah

No comments:

Post a Comment