Thursday, 18 April 2013

KERTAS NAN PUTIH

KERTAS NAN PUTIH

Bermula disini Ku buka lembaran
Sekeping kertas nan putih dan bersih
Sehelai demi sehelai ku buka lembaran ini
Tanpah Setitik noda dakwat yang 
Tercoret  Bersih suci Apa kah akan kekal demikian
Tanpa di cemari oleh jemari yang
Yang begitu gelisah 

Kosong ku lihat tanpa apa pun yang dapat
Ku laku kan
Akhir nya jemari yang nakal mula
Mencapai  sbuah objek
Makan Ternoda lah sekaping
Kertas yang bersih dan putih

Jemari nakal ku mula menari nari
Dengan luahan dakwat yang mencorak
Dan merubah kertas putih menjadi
Sebuah abjad
Pena tinta ku begitu asyik mengotori kertas
Yang bersih
Maafkan aku kerana mengotori mu dengan tinta dakwat ku
Kerana hanya kamu
Sang kertas putih dan tinta hitam
Menjadi sahabat ku yang paling setia
Sabar mu Faham mu akan daku
mencoretkan segala yang tersimpan di kalbu
Akhir nya terungkai
Terimah kasih ku pada mu
kertas nan putih
Sekali lagi maah kan diriku
Kerana telah menodai
Kebersihan mu...

Hsil nukilan >
Ayu kaertika/Sandakan /sbh


SEMALAM DENGAN ANUGERAH MU

SEMALAM

Semalam lena ku panjang
lena ku di buai dengan sejuta angan
Tidur ku berbantal kan kerinduan
Mimpi ku di ulit sang harapan

Semalam Mimpi ku indah
Umpama bulan yang bersinar purnama
Ada lah lampu tidur ku
Berselimutkan
Dakapan sang arjuna
Semalam mimpi ku indah
Ku melihat sang  pungguk
Tersenyum mesra

Umpama semarak indah nya alam
Begitu lah kebesaran illahi
Anugerah nya tidak terhingga
membuat setiap insan
Bahagia dan derita
Apa pun anugerah mu ya allah
Aku bersyukur menjadi
Insan kerdil menerima segala
Anugerah mu

Lena ku terjaga di subuh yang hening
Begitu tenang jiwa ini
Sykr ku tidak terhingga kerana disubuh
ini aku terjaga lagi
Terimah kasih ya allah..
Kerana engkau memanjang kan usia ku hari ini

Terimah kasih diatas anugerahmu
Mempertemukan aku dengan nya
Semoga ini bukan titik akhir bagi ku

Hasil nukilan >

Ayukartika/Sandakan/sabah

Friday, 12 April 2013

ANUGERAH ALLAH

ANUGERAH ALLAH

Terdesing cuping telinga
Tersentuh tiupan sang bayu
Yang begitu mengasyikkan
Ku menikmati sepoi angin sang bayu
Yang menerpa di seluruh genap
ruang qalbu ku Begitu damai hati ini
Begitu tenang jiwa ini
Berteman kan
Kicauan sang burung yang berterbangan
Kesana kemari terdengar
Kicauan yang amat mengasyikkan
Riang berkejeran
terbang bebas di awangan
Begitu umpama nya diriku
Kesana kemari
tiada yang menghalang
Bebas menerokai alam ciptaan allah
Begitu besar anugerah mu yallah
Memberiku udara agar aku bernafas
memberiku kehidupan agar dapat aku
Menikmati indah nya ciptaan mu ya allah

Namun demikian aku tidak pernah lupa
Sujud atas kebesaran mu ya allah
Kerana memberi ku ruang kehidupan ini
Terimah kasih ya allah
Atas segala anugerah mu

Aku tersedar atas lamunan ku
 Sebentar tadi aku hanyut seketika
Aku bangun dari tempat duduk ku
Ucapan syukur masi terukir di bibir ku
 Hembusan sang bayu yang begitu mendamaikan


Hasil nukilan>

Ayukartika/sandakan/2013