MAAF KAN AKU
Maafkan aku sayang
Bila ku tukar engkau menjadi sepiku
Dengan sepi aku dapat menulis
Bait bait puisi ku
Aku teramat pekah
Meletakkan mu tanpa sangsi
Di rongga kalbu ku
Di waktu waktu engkau terbenam
Di longgokan kata kata
Sewaktu waktu engkau berada di sisi ku
Maafkan aku sayang
Andai ku memilih perpisahan
Kerana dengan perpisahan kita akan belajar erti
Kerinduan
Maafkan aku sayang
Pabila aku rela menjauh kan diri mu
Kerana dengan berjauhan
Kita akan faham
Makna bersatu
Ada kalanya ku ingin berlari
Mengejar rindu
Kerana hati ada yang bertaktah
Hasil nukilan hati>
Ayukartika/Sandakan?2012
No comments:
Post a Comment