Tuesday, 1 May 2012

MAAFKAN AKU

MAAFKAN AKU SAYANG

Maafkan aku sayang
Bila sesakali ku tukar engkau dengan sepi ku 
Kerana hanya degan sepi
Ku dapat kan ilham dalam puisiku

Aku terlalu peka
Meletakkan kau tanpa sangsi
Di rongga kalbu
Di waktu waktu terbenam engkau
Di longgok kata
Kembali timbul di kelopak mata

Maafkan aku sayang
Bila ku pilih perpisahan ini
Kerana dengan berpisah
Kita bertemu  sewaktu waktu
Engkau disisi ku kini
Aku kah di samping mu kini?

Maafkan aku sayang
Bila aku rela menjauh
Kerana dengan berjauhan
Suatu waktu
Kita faham erti bersatu

Kebenaran itu memberiku mimpi
Mimpi dedaun hijau sebelum layu
Bila angin mengusapi memanjakan
Kelembutan nya yang tidak pernah
Membisikkan taufan yang menyembah tiap janji
yang di lafazkan

Kini aku semakin mengerti
Berterima kasih pada segala
Pengekuan mu
Disini waktu yang luka
Memuncakkan tanda sebuah
Cinta semakin unggu

Hasil nukilan>

Ayukartika/sandakan.sabah/2012

No comments:

Post a Comment