R E S A H
Mengapa dan kenapa aku terlaluh resah
Aku seolah berdiri tanpa berpijak
Di bumi yang nyata
Apakah aku sedang bermimpi
Atau ini hanya sekadar
Sebuah Ilusi
Kadangkala aku menangis pilu
Tapi untuk apa sebenar nya tangisan ini
Aku tercari cari sebenar nya dimana
Diri ku kini
Seolah olah aku tersesat
Di jalan yang penuh ilusi
Ingin rasanya aku menjerit
Ingin juga rasa nya aku meminta pertolongan
Tapi pada siap Adakah insan yang berhati mulia
Akan mengerti hati ini
Atau ada kan insan yang berhati emas
Mahu membantu ku
Aku menjadi tidak menentu sambil..
Berfikir apa kah pertolongan itu iklas atau sekadar
Hanya memerlukan balasan
Yang mana mungkin aku tidak mampu
Memberikan nya kembali
Hati ku hiba dan sayu....
Aku menangis lagi dan terus menangis
Seluruh bathin ku terasa sangat tersiksa
Seluruh jiwaku
Telah hancur dan lebur
Kemana dan dimana lagi kah
Langkah kaki ini akan ku bawah
Dihadapan ku terlalu banyak likunya
Ku melihat ranjau dan duri dan yang ku pandang kini
Dunia yang kosong tidak bersinar lagi
Harapan ku lebur kini.......
Apakah aku harus pasrah
Sebegini untuk selama nya
Aku menangis lagi dan terus menangis hiba
Tanpa ada satu pun jawapan
Yang ku temui
hasil nukilan>
Ayukartika/sandakan sabah/20012
No comments:
Post a Comment