Tuesday, 11 December 2012

ALAM MAYA

ALAM MAYA
Terlalu banyak ilusi yang tercipta
Terlalu banyak kenangan
Mengamit rasa
Terlalu banyak Suka dan duka
Tangis ketawa
Sedih gembira semua nya ada
Kita kenal kita berhubung
Tapi tak akan kekal
Ada yang berhasil
Dan ada juga yang kecundang
Mengukir rindu
Menganyam kenangan
Bait baik kata
Sering terdengar dan terunggkap
Tapi hanya seketika
Ibarat Embun
Di waktu pagi
Pabila Mentari muncul
Akan hilang lah embun
Yang menumpang di ranting ranting
Pepohon yang menghijau
Menyuburi seketika
Pepohon yangkering dan gersang
Itu lah lumrah nya
Kehidupan di alam maya

Kebenaran dan tipu daya
Silih berganti
Percaya atau tidak lumrah
Nya maya
Ada yang merana ada juga yang bahagia
Dua
Seloka yang tidak dapat di elak
Hanya takdir penentu segala nya
Diiringi doa
Tulus nya hati dan bersih nya
Jiwa akan memebawa bahagia

Hasil nukilan>

Ayukartika/sandakan/121212

DI ULIT MIMPI ATAU NYATA?

DI ULIT MIMPI ATAU NYATA

Semalaman tidur tak lena
Apa kah aku bermimpi atau
Cuma hayalan sahaja
Hari berlalu pergi
Silih berganti Akhir nya sampai juah
Ke penghujung nya
Mimpi Atau hayalan hari
Semalam Menganggu fikiran
Tapi sempat juah ku tersenyum
Titis airmata
Jatuh bertaburan membasahi
Ke dua kelopak mata
Apa kah itu tangis hiba Atau airmata
Gembira?
Semua nya bercampur menjadi satu
Hanya qalbu yang faham erti semua
Makna kehidupan
Hasil Nukilan/
Ayukartika/sandakan/121212
 

Sunday, 2 December 2012

MAKNA SECEBIS KERINDUAN

MAKNA SECEBIS KERINDUAN

Masi ada kah secebis kerinduan?
Masi bertaktah ka kemanisan 
Memori semalam?
Terkeduh lida untuk menyatakan
Apa kah makna sebuah kerinduan?
Terlalu luas makna sebuah kerinduan
Apa pun kerinduan masa lalu
telah pun berlalu
Tanpa kita sedari
Terlalu bermakna erti kerinduan
Dan terlalu luas isi kerinduan
hanya yang benar benar faham
Apa itu makna kerinduan
Akan faham isi
Maksud nya
Apa pun akan ku simpan
Terpatri di qalbu makna kerinduan
Ini Untuk selama nya
Ssehingga ke hujung
Nyawa

Nukilan hati>

Ayukartika/Sandakan/12/2012

Friday, 30 November 2012

DISEMBER MENJELMA KEMBALI

DISEMBER

Desember kau menjelma kembali
Sebelas bulan  berlalu pergi
Meninggalkan segala momori
Suka dan duka silih berganti
Ketawa dan menangis
Terlalu banyak kenangan
Yang akan menjadi kezana
Qalbu abadi selama nya

Disember
Muncul lagi datang dan pergi mu
Tanpa di undang mahu atau tidak
Harus di tempuhi umpama kasih
Yang tak susut di hati
Walau disakiti walau di tangisi
Ia nya tetap wujud kembali

Disembar
semoga kedatangan dan kepergian mu
Membuka seribu gambaran
harapan Dan meninggal kan
Sejuta kenangan pahit
Yang meracuni qalbu dan minda
Semoga hari esok akan menanti satu
Detik yang penuh keindahan
Penuh keceriaan
Selamat tinggal segala kenangan
Selamat tinggal kedukaan
Semoga esok yang mendatang penuh makna
Penuh keyakinan
Dan hari semalam akan menjadi satu memori
Yang penuh bermakna
Dalam menjalani kehidupan
Di alam fana ini 
  
Hasil nukilan hati>

Ayukartika/Sandakan/2012

MENGUNDANG NESTAPA

MENGUNDANG NESTAPA

Percikan api
Nan membakar naluri jiwa
Dan menjadi lah debu debu
Yang berterbangan di bawa
Sang bayu yang bertiup
Mengapa kah ilusi semalam
Masi menjadi mimpi yang ngeri
Dalam perjalanan kehidupan
Runtuh kah kota
Keimanan?
Lebur kah seorang insan
Yang bertemankan airmata
Jangan lah di tangisi
dan di retapi mimpi semalam
Jejak lah kudratmu
Menyusuri qalbu
Berdiri teguh lah untuk diri mu
Mengapai segala keinginan
Akan bertemu juah satu
Doa yang jitu
Untuk mencapai segala
Impian dan harapan
Hasil nukilan>
Ayukartika/12/2012

Saturday, 17 November 2012

BICARA SANG HATI

BICARA HATI
Berbicara lah hati
Sendirian termanggu
Cari lah teman dari hati
Agar bertemu yang faham
Degup nya jantung
Tiada siapa yang tahu erti
Makna sebuah  bicara hati
Tangisan sebuah kerinduan
Seandai nya dia tidak
Memahami segumpal
Hati  yang lara
Hias lah mata mu dengan
Pancaran sinaran
Cahaya kerinduan  
Semoga tiada lagi
tangisan kehampaan
segumpal hati
yang terluka
Itu lah bicara
Secebis goresan
Hati

Nukilan rasa
Ayukartika/sandakan/Sabah/2012

Thursday, 8 November 2012

SEWAKTU WAKTU

SEWAKTU WAKTU

Tafakur sejenak....
Kalbu mengalamun gelisah
Fikiran ku melayang nun di kejauhan
Diri terperangkap murung
Sekelumit desisan suara hati
Menjadikan segunung persaan duka
Yang tak tertanggung

Sewaktu waktu
Keperitan menerpa
Terkedu sejenak manarik
Dalam sedalam nya nafas resa
Sewaktu kepayahan menerpa jiwa
Meruntun kalbu

Minda terus bergerak pantas
Agar minda yang waras
Menguak tabir waktu
Tak lagi tersasar jauh
Tak lagi menyeksa kalbu
Tak lagi tersasar jauh di hanyutkan
Gelombang rasa

Sewaktu waktu
Masa akan terus berlalu pergi
Berlari meninggal kan
Waktu waktu kesedihan
Yang meruntum kalbu

Hasil nukilan >
Ayukartika/Sandakan/2012

Tuesday, 6 November 2012

KU SANDARKAN HARAPAN

KU SANDARKAN HARAPAN

Ingin ku sandarkan segala harapan
Tapi pada siapa?
Aku masi mencari dan terus mencari
Mencari dimana dan kemana kah arah tujuan nya
Pada siapa harus ku mengadu
pada siapa harusku nyatakan
Gelora rasa dan sakit nya qalbu

Pada siapa harusku nyatakan
Aku berdiri merenung di kejauhan
Ku pandang di hadapan ku sebuah cermin
Ku renung diriku berkali kali
Sambil mencari jawapan
Yang tidak pasti
Pada siapa kah harus ku sandarkan
harapan ini?

Ada kah insan yang dapat mengerti?
Persoalan demi persoalan menerjah fikiranku
Tidak mungkin ada
Yang ada pun hanya simpati
dan kesihan...
Merika hanya dapat melihat dari
Luaran nya sahaja

Aku juga seperti insan yang lain
berbahagia bersama insan yang tersayang
Tapi itu hanya lah sebuah ilusi
Dan bayangan kehidupan semata
Ingin sekali ku sandarkan harapan
Harapan yang begitu luhur
Dan murni
Tapi pada siapa?

Hasil nukilan hati>

Ayukartika/Sandakan/2012

Friday, 2 November 2012

JAUH DI SUDUT HATI

JAUH DI SUDUT HATI

Jauh di sudut hati
tersimpan satu memori
Yang paling duka
Siapa yang tahu kelukaan semalam
Masi tersisa sakit nya
Siapa akan tahu kelukaan semalam
Masi nampak parut nya
Kelukaan semalam
Begitu berkesan sekali
Sehingga kelukaan itu
Tidak pernah luput
Dari sanubariku
Kepedihan semalam masi
Membakar kalbu ku
Menitis lagi air mata ku
Menangis sendu menangis
Pilu tiada siapa
yang tahu
Nukilanrasa>
Ayukartika/sandakan/2012

Friday, 12 October 2012

KESAYUAN SEKEPING HATI

KESAYUAN HATI

Terusik kalbu tersentuh perasaan
Tetiba hati ini merasa begitu teramat
Sayu dan pilu
Mengapa ini terjadi
Aku mengeluh dalam kegelisaan
Seluruh jiwa ku terasa begitu kosong
Kehambaran terasa menusuk
Mejalari seluruh
Urat nadiku

Aku menjadi tidak menentu
Aku seperti orang yang
Jiwa nya kosong dan kosong
Tidak bermakna
Keluhan kalbu menyentuh
Sanubariku
Aku terasa ingin saja
Menangis dan menangis lagi

Apa kah ini satu noktah
Kegelisaan kalbu ku akan berakhir
Apa kah ini akan menjadi
Pengubat keresahan hati ku

Aku menjadi terkeduh
Sendirian
Tetiba kicauan sang burung
Menyedarkan aku dari lamunanku
Yang begitu jauh hanyut
Di bawah 
Kedukaan semalam

Hasil nukilan>

Ayukartika/Sandakan/2012

Wednesday, 19 September 2012

JUN BERLALU PERGI

JUNE BERLALU PERGI

Bulan june berlalu pergi
Pergi bersama masa yang berlalu
Begitu cepat sekali
Banyak kenangan yang
Berada di dalam bulan june

June
Bulan kenangan yang paling
Abadi dalam hidupku
Terlalu pantas waktu berlalu
Kini bulan september menjelma
Menunjuk kan dirinya
Tapi kenangan di bulan june tidak
Akan luput dari ingatan ku
Kenangan yang paling abadi
Dalam jiwaku

June
Dalam igauan dalan jaga
Aku tidak dapat melupakan mu
Kerana di bulan ini lah
Aku kehilangan insan
Yang amat ku sayangi
Insan yang begitu bererti dalam hidupku
Kepergian mu membawa seribu
Duka dan lara
Apa pun aku harus menerukan
Perjalanan hidup ku
Walau tanpa ku dengar lagi suara
Tawa riang mu
yang tinggal kini hanya lah
Kenangan yang begitu indah 
Walau pun perit terasa

June
Ku gagahi diri ku untuk terus
Melangkah kan kaki ku
Tanpa dia bersama ku lagi
Kehilangan nya terlalu sukar ku lupa
Kan dalam kamus diri ku
Apa pun aku redha atas
Segala ketentuan allah
Moga allah mencucuri rahmat nya
Keatas pemergian mu insan yang bergelar
Ibu sedara ku
Alfatihah buat mu moga
Allah mencucuri rahmat nya buat mu
Berada dalam golongan orang orang yang beriman
Amin

Nukilan Hati>
Ayukartika /Sandakan/sabah

Tuesday, 4 September 2012

GEMERSIK SUARA

GEMERSIK SUARA


Gemersik nya suara
Tersentu naluriku
Terpaku qalbu ku
Gemersik nya suara bak buluh perindu
Itu lah perumpamaan nya

Tapi itu adalah
Suara Sang kalbu yang
Amat sukar di mengertikan
Hanya yang maklum dapat merasai
Nya dan memahami nya

Memang teramat sukar
Bagi insan yang tak alpa
Pada keadaan
Akan faham  dan mengerti
Apa pun itu lah
Gemersik hati
Yang punya naluri
Keiklasan dan kejujuran

Moga allah selalu
melindungi nya

Hasil nukilan.
Ayukartika/Sandakan/2012

KU KENAL SEORANG TEMAN

KU KENAL SEORANG TEMAN
Ku kenal seorang teman
yang begitu baik dan peramah
Walau di kejauhan terasa
Sangat dekat nya
Bagi ku dia lah teman dan dia
Juga adik buat ku
Ketawa riang nya membuat aku
Merasa amat bahagia sekali
Walau pun ku kenal dia hanya
Pada secebis barisan nama
Dia amat baik itu lah teman namanya
Nasihat menasihati
Saling bertukar fikiran
Baik dalam suka dan duka
Terimah kasih kerana menjadi teman rapat ku
Moga persahabatan kita
Akan berkekalan selama nya
Insyaallah  

Nukilan hati>

Ayu kartika/Sandakan/2012

Thursday, 30 August 2012

SERAUT WAJAH SENDU

SERAUT WAJAH SENDU
Seraut wajah sendu terukir di wajah nya
Kesayuan hati begitu ketara
Birai birai titis airmata Masi tersisa
Menitis membasahi
Kelopak mata nya
Siksa kah jiwa nya terluka kah 
Hati nya
Hanya dia saja yang tahu
Wajah sendu nya melakar kan
Tangisan sang kalbu
Terlalu sakit kah sukma nya
Kelopak mata nya kian redup
Kian sendu
Kesihan sang wajah yang
Tidak dapat membohongi hati nya
Kesihan qalbu yang terluka lagi
Entah kali yang keberapa
Begitu la tangisan hati
Seraut wajah yng sendu
Begitu lah kesedihan hati
Di kalbu
Hanya mampu berserah pada
Yang maha Esah moga di temuhkan
Kebahagiaan walau
Teramat susah di temui
Hasil nukilan hati>
Ayukartika/Sandakan sabah/2012

Wednesday, 29 August 2012

LARA NYA HATI


LARA NYA HATI

Ada kah duka berlarutan
Atau ada kesedihan tidak berkesudahan?
Itu lah desiran hati 
Bertanya pada sang kalbu

Ada ketika nya kita tidak
dapat melarikan diri dari perasaan duka
Ada waktu dan ketika nya
Kita tidak dapat mengusir erti nya lara

Lara lagi kah hati ini...?
Menangis sendirian Terpaku keseorangan
Merintih jiwa sangsara kalbu
Apa kah sebanar nya perasaan ini
harus kah terus berduka
Atau terus menangisi nasib yang menimpa

Pada siapa hendak di curahkan rasa
Pada siapa yang akan mengerti luka nya hati
Sangsara nya kalbu?
Aku membuang jauh perasaan ini
Jauh di tengah lautan semudera
Tidak ingin ku melihat
Kepingan hati yang telah hancur berkecai

Tidak ingin aku menangisi apa pun
Yang terjadi masa kini mahu pun untk hari esok
Moga esok sinar mentari
Akan bersinar membawah sejuta
Harapan....Harapan keriangan
Pada seraut wajah yang
Sering terluka
Pergi lah kedukaan
Pergi lah kesedihan dan
Pergi jauh semua nya kerana aku 
Tidak akan mendampingi keresahan
Buat selama nya

Hasil Nukilan hati>

Ayukartika/sandakan/sabah

Thursday, 16 August 2012

SAYU NYA SEKEPING HATI

SAYU NYA SEKAPING  HATI

Terasa kesayuan di sudut qalbu
Gemersik kalbu terhiris pilu
Ramadan kau kini suda berada di penghujung 
Perjalanan mu
Pilu qalbu kerana sebentar lagi kau 
Akan pergi meninggal kan kami
Menitis airmata
Jatuh berderai di kelopak mata
Sayu hati bukan kepalang

Aku berdoa moga akan bertemu
Kembali dengan mu Ramadan
andai ini ramadan terahkir ku
Terima lah amalam ku
Dan terima lah taubat ku
Ya allah
Semoga segala dosa dosa
Yang telah ku lakukan tanpah sedar
mahu pun tidak
Dapat di ampuni ku tadahkan
Kedua tangan ku dimalam
Penghujung ramadan
Memohon keredahan dan 
keampunan dari mu ya allah
Selamat tinggal ramadan
Bulan yang penuh beraqah
Dan bulan pengampunan

Hasil Nukilan

Ayukartika/sandakan/2012

Wednesday, 1 August 2012

BENAR KAH?

BENAR KAH

Benar kah cinta akan hilang jika kita
Tidak memupuk nya dengan baik
Apa kah cinta itu akan layu sebelum
Mekar dan berkembang
Benar kah kita akan terasa jiwa
Kosong tanpa ada nya rasa cinta
Benar kah
Cinta itu begitu bermakna buat kita
Menjalani hidup sehari hari
Detik dan saat jam berlalu
Benar kah jua cinta itu 
Memerlukan pengurbanan
Tapi bagaimana ya rupa
Pengurbanan itu
Terlalu banyak bukan
Apa pun kita kena Hadapi
Aapa jua yang mendatang
Apa jua rintangan nya
Liku liku kehidupan di alam maya
Ini berbagai rentak dan tari nya
Pandai lah kita mengola nya
Apa yang diri..hati dan kalbu kita
Kehendaki
Apa pun cinta memang berada
Disisi kita sentiasa menemani seusia
Kita bernyawa
Pilih lah cinta yang mana kita kehendaki
Tetapi betapa besar pun cinta yang
Kita ingini hanya satu
Cinta yang paling abadi dan bermakna
Cintai lah allah s.w.t
Cinta kita akan damai..tenteram
Bersama nya

Hasil nukilan hati>

Ayukartika/sandakan/sabah

Tuesday, 24 July 2012

KEHENINGAN SUBUH

KEHENINGAN SUBUH

Dingin terasa pagi ini
Sedingin hembusan sang bayu yang bertiup
Seusai solat subuh ku
Aku melihat keindahan yang allah cipta
Begitu indah sekali
Subhanallah terima kasih yallah
kerana engkau telah melanjut kan usia
Ku untuk hari ini
Tergenang airmata ku menitis
Jatuh di birai kelopak mata
tiba tiba hati ku menjadi begitu sayu
tahun ini sekali lagi aku
Menyambut ramadan tanpah ayah bersama
Tiba tiba hati kecil ku mengingati aruah
Ayah yang telah lama pergi
Meninggalkan diriku
Terlerai lagi airmata mencurah
Jatuh Kupanjat kan doa
Moga aruah ayah berada dalam golongan orang
Orang yang beriman
Alfatihah untuk aruah ayah
Yang tinggal bebarapa hari lagi
Aku menyambut tahunan nya
Pedih sekali bila kehilangan orang
Yang amat kita kasihi didalam hidup kita
Apa lagi bila ramadan menjelang
Segala kenangan silam terbayang kembali
Terasa baru semalam kepergian mu ayah
aaaaaaaahhhhhhhh...........Keluh kesah
Hati ini di keheningan subuh
Ramadan
Hasil nukilan>
Ayukartika/Sandakan/sabah


Wednesday, 18 July 2012

RAMADHAN MENJELMA KEMBALI

RAMADAN  MENJELMA LAGI
Tirai ramadan tersingkap lagi
Amal dan pahala di pohon sekali
Ke pintu rahmat seribu menanti
Kesilapan terlanjur dosa
Di sajada terawih
Terungkap kekasalan
Dan lahir kesedaran
Ramadatan datang lagi
Kasih sayang allah tiada terbanding
setahun berlalu menjelma kembali
Bulan ramadan penuh beraqa
Kini kita bertemu sedara seagama
di rumah allah terawih bersama
Menggukuh kan tali seratulrahim

Bersama sujud sejadah di malam terawih
Kita pohon rahmat
Dari allah moga segala
.Kesilapan.perbuatan
dan dosa 
Dapat di bersihkan
Kepada teman teman rakan taulan
Ku pohon kemaafan terlanjur bicara
Selama ini

Hasil Nukilan>

Ayukartika/Sandakan/2012

Tuesday, 17 July 2012

TERMANGGU DI SUDUT JENDELA

TERMANGGU DI JANDELA

Termanggu ku di jendela
Minda ku melayang
Terbang jauh....
Ntah kemana arah tujuan nya
Anak mata ini melihat sesuatu
Yang kosong di semua sudt
Kosong dan hambar....
Tanpa ada makna...
Aku mengeluh panjang
Hembusan nafasku terdengar kosong
Sambil surutan mata ini lesuh
Kelam itu desik hati ku
Hambar sangat terasa kalbu ini
Ku lempar kan pandangan ku
nun jauh di sebalik lautan yang maha luas terbentang
Hanya yang ada kedengan di cuping teling ku deruan ombak
Sesakali memukul sang pantai
Aku pejam kan mata
Tanpa ada sedikit ilham
Kosong dan kosong lagi
Aku pun berlalu Dari terus termanggu
Melangkah kan kaki
Mengikut rentak hati
Hasil nukilan>
Ayukartika/Sandakan/2012

Sunday, 15 July 2012

MAAF KAN AKU

MAAF KAN AKU

Maafkan aku sayang
Bila ku tukar engkau menjadi sepiku
Dengan sepi aku dapat menulis
Bait bait puisi ku
Aku teramat pekah
Meletakkan mu tanpa sangsi
Di rongga kalbu ku
Di waktu waktu engkau terbenam
Di longgokan kata kata
Sewaktu waktu engkau berada di sisi ku

Maafkan aku sayang
Andai ku memilih perpisahan
Kerana dengan perpisahan kita akan belajar erti
Kerinduan

Maafkan aku sayang
Pabila aku rela menjauh kan diri mu
Kerana dengan berjauhan 
Kita akan faham
Makna bersatu
Ada kalanya ku ingin berlari
Mengejar rindu
Kerana hati ada yang bertaktah

Hasil nukilan hati>

Ayukartika/Sandakan?2012

MATA PENA INI

MATA PENA
 Mata pena menari nari mengikut rentak
Jari jemari ku
Diatas kertas putih yang bersih
Masi belum dicemari
Mata pena ku melakar kan tinta nya
Tinta berwana hitam mata pena
Menari lagi mengikut rentak kalbu ku
Meluahkan segala rintititan nya...
Memuntah kan segala yang tersimpan
Sang pena terus menari dan menari lagi
Diatas cebisan kertas putih
Tercalar la kertas putih
Dengan diritan bait bait rasa dan warnah
Sang penah


Hasil nukilan hati>

Ayukartika/Sandakan /2012

Saturday, 14 July 2012

SANTAI


SANTAI
Aku duduk santai
Tetiba ke udara lagu yang berkenaan dengan cinta
Memang kadangkala soal cinta ini
Amat sinunim dengan siapa juga  makluk allah
Di bumi ini
Walau kadangkala cinta itu membodoh kan diri kita
Tapi kita suka suka mengejar cinta
Kadangkala kita menangis kerana nya
Ada masa kita ketawa pula dengan nya
aaaahhhhhhhhhh.........
Itu lah dunia cinta dalam fitrah menusia
Hanya kita yang pandai mengolah nya jadi macam mana?

Jangan letak cinta itu seratus peratus
Ambik lah cinta itu sedikit yang termampu
Agar jiwa dan hati kita tidak terluka
Letakkan lebih cinta kita pada yang maha kuasa
Pasti kita kan berbahagia
ketenagan kebahagiaan akan kita temui
Disana... dan jangan lupa cintai org tua kita
Itu lebih bermakna dalam diri kita
Bercinta cara sedehana dan berwaspada
akan memberi kita
Satu kedemaian yang paling abadi

hasil nukilan>
ayukartika/Sandakan/2012

PATAH SAYAP

PATAH SAYAP

Patah layar patah haluan
Hanyut perahu ke muara
Begitu lah hati ini terasa begitu
Sedih dan pilu
Kepatahan sayap bererti tidak bermakna lagi
Semua kerana tersikap langaka

Aku insan yang biasa insan yang  tidak sempurna
Kadangkala berlaku kesilapan
Yang tidak di sengaja kan....
Kesempurnaan diri belum gitu lagi
Tapi aku sedar di sebalik kesilapan yang ku lakukan

Aku sering berdoa moga kesilapan ini tidak akan berlaku
Moga apa yang terjadi akan menjadi satu pengajaran
Yang amat berguna
Hidup tak bermakna andai kita alpa diri
Tapi dengan kesedaran yang ada
Akan membuat diri kita lebih berhati hati
Dalam segala bentuk apa pun
 Aku bersyukur kerana
Allah telah membuka hati ku untuk
Mengakui akan keselahan dan kesilapan diri ku

Moga ini akan terus menjadi
Panduan hidup ku
Selagi aku bernyawa

Hasil nukilan>

Ayukartika/Sandakan/20012

Monday, 2 July 2012

TAK SEMUDAH YANG DI DUGA

TIDAK SEMUDA YANG DI SANGKA
Bukan muda mencari
Kasih yang abadi
terlalu sukar untuk kita temui
Kasih yang benar benar iklas
Serimbun mana kasih
Yang dapat kita rasai
Ketulusan nya
Kadangkala kita terlena dan terbuai
Dalam perasaan sendiri
Akhir nya semua itu hanya lah
cerita derita yang tidak ada kesudahan nya
Damai jiwa damai rasa bila kita
Sendiri ingat cinta yang hakikiDan abadi ada lah
Cinta pada yang satu
Curahkan lah cinta dan kasih sayang mu
Kepada allah
Pasti kita
Akan bertemu dengan kedemaian
Yang paling manis
Dan paling abadi
Hasil nukilan>
Ayukartika/Sandakan/2012

ANUGERAH

ANUGERAH
Hembusan sang bayu
Begitu mendamaikan jiwa
Angin bertiup sepoi sepoi
Dingin angin mendamaikan jiwa ku
Ku pandang di kejauhan
Indah nya ciptaan allah
Pepohon menghijau
Dengan dedaun nya melambai
Damai bila di tiup sang bayu petang
Kehijauan dedaun cerah nya alam
Tenang jiwa melihat nya
burung burung berkicau riang
Sebentar lagi siang akan melabuh kan
Tirai nya dan malam akan menjelang
Putaran alam yang telah
Di tentukan perjalanan nya
Oleh yang maha kuasa
Itu lah anugerah Illahi
Yang tiada tara tanding nya
Hasil nukilan>
Ayukartika/Sandakan/2012

KENANGAN MASA KANAK KANAK

INDAH NYA ZAMAN KANAK KANAK
Aku duduk di beranda rumah ku
Sambil melihat telata kanak kanak
Yang bermain riang
Indah nya zaman kanak kanak teringat masa kecil dulu
Aku juga seperti merika riang
Gembira bermain dan tidak pernah
Rasa penat
Keseronokan bermain Tanpa hirau
Rasa lapar dan dahaga
Zaman kanak kanak cukup indah sekali
Alang kah bahagia nya
Zaman itu aku tersenyum senderian
Hidup sentiasa riang yang kita tahu
Makan tido bangun dan bermain tanpa fikir hal hal
Duniawi
Lamunan ku terhenti seketika
Pabila pandanagan ku tertumpu
Pada seorang kanak kanak yang menangis
Terseduh seduh mungkin
Bergadoh dengan rakan rakan nya
Tapi itu hanya semantara sahaja
Pujuk hati ku
Sebentar lagi dia akan elok la tu
Itu pujuk hati ku
Aku tersenyum lagi bila meliaht dia berlari dan bermain kembali
Itu lah indah nya dunia kanak kanak
Hasil nukilan>
Ayukartika/Sandakan/2012

Friday, 29 June 2012

MEMORI KEHILANGAN

MEMORI KEHILANGAN

Air mata ku jatuh berderai membasahi
Kelupak mata ku
Memabasahi pipi dan seluruh ruang hatiku
Aku menangis terkeduh menangis penuh hiba

Aku terasa suatu kekosongan
Setelah kehilangan sesorang yang amat ku sayangi
Nostalgia indah bersama nya bermain kembali
memnuhi ruang dan kamar hati ku

oooo.....airmata gugur lagi
Sederas yang mungkin ya allah
Tenangkan lah jiwa ku damaikan lah hati ku
Ya allah aku memohon padamu bukan
Aku melawan takdir mu tapi jiwa ku
Hati ku terasa sangat kehilangan nya

Dia orang yang paling rapat dalam hidupku
Dia orang yang paling mengerti hati ku
Tarikh 19hb.june 2012
Adalah tarik paling perit dan hiba bagi ku
Tarikh yang tidak mungkin aku lupakan\
Seumur hidup ku

Aku menunggu dan melihat wajah mu
Disaat terakhir hidup mu
Aku tidak tahan air mata terus gugur membasahi
Wajah lesuh ku....sambil membaca surah surah
Yassin buat mu...ku kucup kening dan kedua
Belah pipi mu dengan panuh sayang
Dengan penuh kasih mesra kau melihat ku

Dengan linangan airmata......
Hanya kelimat yang dapat ku dengar
Kau ingin pulang...Hiba hati ku pilu jiwaku
Melihat mu terlantar dan tidak bermaya
itu lah kelimat terakhir dari bibir kering mu
Itu lah kelimat dan suara terakhir yang ku dengar
Dari ruang hati dan bibir mu terus keluh membisu

Aku tinggal kan diri mu untk seketika
Menunaikan suruhan allah..
Selesai solat ku berdoa andai ini adalah pengakhir hidupmu
Moga allah mengambil mu dengan jalan yang amat muda dan tidak
Akan menyakiti mu andai kau bleh sembuh..sembuh kan lah dia itu la doa
akhir solat ku...

Setelah lepas solat...
Aku seperti tidak sanggup lagi ...
Kau pergia meninggal kan kami buat selama nya..
Inalillah wainahirajiun......tangisan hati ku begitu sakit sakali
akhir nya kau pergi jua untuk selama nya kembali
Kepada nya ini lah kasih sayang allah buat mu
Moga roh mu di tempatkan dalam golongan
Orang oarang beriman
Kau tetap dalam kenangan yang paling abadi

Kenangan dan kehilangan yang tidak mungkin aku lupa
kan selama hidup ku
Walau kini tiada tempat ku mengadu tiada tempat gurau senda ku
Aku tetap mendoakan di setiap sujud ku tanda kasih sayangku
Pada mu tidak pernah pudar dan luntur
Alfatihah...Buat mak usu yang
Teramat ku kasihi


Hasil nukilan hati>

Ayukartika/Sandakan/30.6.2012

KECEWA

KECEWA HATI KU KECEWA

Merana hati ku merana
Sudah sudah lah dengan apa yang terjadi
Cinta bagi ku telah lama berlalu pergi
Pergi bersama sang bayu
Gemersik hati gemersik rasa nya suara

Walau terasa perit dan sakit
Walau terasa pedih
Harus ku tempuhi segala liku liku
Kehidupan ini...
Harus ku terus kan perjalanan
Dan langkah Kaki ini
Untuk menepuhi segala liku liku kehidupan
Yang perit dan pedih biarkan lah berlalu pergi

setelah ku tahu cinta yang palsu
Cinta yang di khinati
Lebih baik hidup sendiri
Walau tanpah cinta hidup ku
Lebih bahagia dan penuh bermakna


Hasil nukilan hati>

Ayukartika/sandakan/30.6.2012

Wednesday, 9 May 2012

WARGA EMAS

WARGA EMAS

Warga emas itu lah nama yang di beri..
Di hadapan jasad ku
Wajah wajah tua yang
Telah di mamah usia

Ku pandang dengan mata hati
Pada wajah sendu itu
Tampak sayu dan sendu
Terkeduh hati ini
Tersntuh perasaan ini

Airmata ku gugur membasahi
Kedua belah pipi ku
Tersentu naluriku....
Betapa pengurbanan mu
Tidak di hargai oleh jenarasi
Yang alpa diri

Jenerasi mu yang bongkak
Dengan kesenangan duniawi
Gelak ketawa......
Tanpa menghiraukan
Dimana kau berada kini...

Tanpa memperduli kepedihan dan kepiluan
Hati nurani mu merindui
Anak anak yang telah kau lahir kan
Yang telah kau besarkan
Dengan penuh kasih dan sayang

Nun di sudut sana
Ku mekihat diri mu termangu jauh
Ku melihat seribu garis sendu
Di wajah tua mu
Menahan seribu
Sebak dan tangis sendu

Warga emas
Usah menangis lagi
Buang jauh kepedihan dan rintihan kalbu mu
Kami yang ada disini
Tetap menyayangi mu berbakti
Semampu yang terdaya
Kami akan bersama mengharungi suka duka
Kehidupan mu
Jangan rasa diri mu tersisih

Kesat airmata mu
Jangan di buang dalam duka
Simpan lah untuk kegembiraan
Ada ketika nanti pasti menjelang

Nukilan hati>

Ayukartika/sandakan/2012

Tuesday, 8 May 2012

JASA SEORANG GURU

JASA GURU

guru......

Engkau lah lambang kemegahan anak bangsa mu
Jerit payah mu mendidik anak bangsa mu
Tanpa kenal rasa bosan

Jasa mu tidak ternilai harga nya
Walau di banding dengan wang ringgit dan harta benda
Kau mendidik dengan penuh rasa tanggung jawap
Tidak pernah mengenal putus asa

Guru.....

Kau memperjuang kan seluruh tenaga mu...
Dan mencurah kan seluruh bakti mu demi anak bangsa mu
Agar merika menjadi insan yang berguna
Disuatau masa nanti......
Terimah kasih guru jasa mu tetap dikenang
Walau zaman silih berganti
Nama mu tetap bersamadi di lubuk
Hati sampai bila bila...

Hasil nukilan

Ayukartika/2012

AIRMATA

A I R  M A T A

Air mata berhenti lah engkau
Dari terus mengalir dan mecurah
Tidak kah kau kesihan pada mata mu
Yang telah sembab dan terlalu lama
Menderita
Airmata
Memang tidak dapat di bendung
Dari terus mengalir
Selagi hati menderita
Airmata akan mencurah
Selagi kalbu tersiksa
Airmata lah menjadi teman
Dan pengubat segala duka
Dan lara nya jiwa
Airmata juga lah teman setia dikala
Merintih pedih
Sampai bila kah airmata ini
Akan terus gugur
Hati pujuk mata
Tawakal lah pada allah
Pasrah dan redha 
Terima lah takdir illahi
Insyaallah airmata pasti akan
Berhenti dari terus gugur pujuk hati
Lupakan kenangan yang amat
Menyakitkan
Pandang sekeliling mu
mata mu akan melihat
Ada langit dan bumi yang
masi terbentang
Luas......

Hasil nukilan>

Ayukartika/sandakan/2012

DI KEHENINGAN MALAM

DI KEHENINGAN MALAM

Keheningan malam
Berlalu sepi
Di tiup sang bayu sendu
Demikian lah jiwa 
Dan kalbu ini kosong
Sekosong kertas nan putih
Tanpa coretan tinta yang indah

Kemana pergi nya ilham
Aku jadi tidak mengerti
Apa kah dia pergi bersama
Sang bayu dan keheningan malam
Yang kian meninggalkan sejuta
Igauan mimpi indah

Aku tak pasti apa kah dia...
Akan menjadi nyata
atau hanya sekadar
Sebuah mainan tidur ku
Atau dia akan berlalu
dan terus berlalu 
Bersama pergi nya
keheningan malam

Nukilan hati>
Aykartika/sandakan/2012

SEBUAH RASA

SEBUAH RASA

Yang ku marah kejatuhan
Yang ku benci semangat sepi
Yang ku lawan adalah rasa
Yang ku bunuh adalah perasaan

Bersaksi kan mati 
Yang sebanar nya tidak mati
Bersaksi lah mimpi
Yang bukan nya mimpi
Yang menganas adalah hati
Yang memburu adalah
Perasaan
Yang kecundang bukan ukuran
Yang gugur tidak perlu kesihan
hidup tidak semudah menyedut 
Udara
Hidup tidak seindah
Mata memandang
Hidup tidak selalu nya gunda
Benar kah hidup ini 
tidak susah?

Hasil nukilan>
Ayukartika/sandakan/2012

AKU SEORANG KEKASIH

AKU LAH KEKASIH MU

Jika aku jatuh cinta
Biar lah dengan diri mu
Seandai nya aku merindui
Rindu ku pada mu

Jika aku berkasih
Biar lah dengan diri mu
Kerana aku tahu
Aku lah keksih mu


Hasil nukilan>
ayukartika/sandakan/2012

Monday, 7 May 2012

PERJALANAN INI

PERJALANAN INI

Ku langka kan kaki ini tanpa berhenti
Ku terus kan perjalanan walau pun amat paya sekali
Ku tempuhi segala onak dan duri
Kaki ini berdara dan perit nya terasa kesukma
Apa kan daya aku tidak boleh berhenti
Dan mengalah kerana perjuangan ku
Masi belum selesai

Perjalanan ini
Walau teramat paya dan sukar
Sakit dan sengsara akan
Ku tempuhi dengan segala
Kudrat upaya ku

Perjalanan ini
Mesti jua di terus kan
Walau seribu dugaan mendatang
walau sejuta rintangan mendatang
Bagi ku tetap ada
segunung pengharapan

 Nukilan hati>
Ayukartika?sandakan/2012

BINTANG PAGI

BINTANG PAGI

Semalam ku pejam mata dengan lenanya
Pagi ini ku bangun sambil
Memandang cekerawala
Aduhai besar nya anugerah mu tuhan
Bintang berkelipan amat indah sekali

Bintang pagi
Sinar mu amat indah sekali
Mata ku tak berkelip melihat keindahan
Mu andai aku jadi bintang pagi..
Alang kah indah nya dapat

Ku berbakti pada semesta alam

Bintang pagi

Sinar mu membawa seribu kebahagiaan
sinar mu amat cantik sekali
Kemilau mu tidak terkata
ahhhhhhhhhhhhhh
Aku tersedar dari lamunan ku
Begitu jauh sekali aku menkagumi
Keindahan anugerah allah ini

Bintang pagi
Walau sinar mu tidak berpanjangan
Kerana ada waktu dan ketika nya
Kau di seliputi awan yang tebal
Tapi aku bersyukur kerana
Dapat memandang mu dan kagum dengan mu
Moga bintang pagi
Akan terus bersinar untuk
Hari hari seterusnya...

Nukilan hati>
Ayukartika/Sandakan/2012


Sunday, 6 May 2012

IBU

I B U TERSAYANG

Ibu tersayang
Kasih sayang mu tiada tara nya
Pengurbanan mu melahir kan aku..
Membesar kan aku
Tidak dapat ku balas

Siapa diri ku tanpa mu ibu
Tido ku sakit ku dapat perhatian mu
Kau mendodoi kan aku aku aku terlena
Aku membesar dengan penuh kasih sayang mu

Ibu tersayang
 Tidak dapat ku balas segala jasa..
Baik dan pengurbanan mu ibu
Pada mu tempat ku mencurah segala nya
Pada mu tempat ku mengadu
Kau lah segala nya dalam hidup ini

Ibu tersayang

Ku semat segala nasihatmu
Ku semadi kan dalam diri segala
Pengurbanan yang kau beri
Terima kasih ibu
Terimah kasih kerana membesar kan diri ku
Terimah kasih jua di atas segala nya..
Selamat menyambut hari ibu
Moga ibu di murah rezeki..
Di lanjut kan usia dan di berikan
Kesihatan yang baik

Ibu adalah segala nya bagi ku
Salam teramat syang buat mu
Ibu yang tercinta....

Hasil nukilan>

Ayukartika/sandakan sabah/2012

Saturday, 5 May 2012

AYAH

A Y A H

Ayah kepergian mu satu kehilangan
Yang amat besar dalam hidup ku
Untuk kesekian tahun kepergian mu
Kembali ke rahmatullah.....
Di pusara ini aku duduk sambil berdoa
Moga ayah berada di tempat orang orang yang beriman

Ayah.....
Tanpa ku disisi benar benar buat ku
Sebak dan pilu tiada lagi tempat ku bermanja
Tiada lagi tempat ku mencurah kan segala kerunsinganku
ayah sebak dada ini.......
Menitis pilu air mata ini ayah.....
Aku menangis mengenang dan amat merindui mu

Ayah....
Tiada siapa yang dapat menggantikan dirimu disisi ku
Ksih syang mu yang tiada tara tanding nya...
Masi hangat terasa dakapan sayang mu...
Masi terasa belai kasih mu...
Anta mengapa hati ini begitu sebak
Bila mengenangkan semua ini

Ayah...
Bersamadi lah dengan tenang
Anak mu ini akan tetap ingat dan selalu mendoakan
Kepergian mu ayah...
Walau berkurun lama nya dan berabad
Musim nya ayah tetap tersemat dan bersamadi
di kalbu kasih sayang anak mu ini
Tidak akan pernah pudar....
Al-fatihah untuk mu ayah
tercinta...

Hasil nukilan>

Ayukartika/sandakan sabah/2012


Friday, 4 May 2012

FITNAH MELANDA

FITNA MELANDA DIRI
Ketika tinta ini berkata
Hati ini juga mula berbicara
Jemari halus terus menari nari
Di atas putih nya kertas

Minda terus memuntah kan
Segala isi hati yang berkecemuk
Hati menjerit menangis hiba
Tanpa ku duga fitna melada diri

teramat sakit bila ku dengar
Suara perkabaran dari pergunungan
Betapa kerdil dan tidak berharga nya
Diri ini dimata nya....
Apa salah ku apa kah dosa yang telah ku laku kan?

Pertanyaan ini berulang kali ku persoalkan
Menitis air mata hiba jatuh berderai
Memecah keheningan malam
Malam yang sunyi dan sepi jadi peneman jiwa
Yang kosong dan hambar...

Aku bersujud pada mua ya allah
Ku serah kan diri ku yang kerdil tak bermaya ini
Hanya pada mu....
Dimana silap dan kealpaan ku
Membuat insan menuduh kan dengan rasa kejam

Tapi aku sedar semua itu akan
Terungkai kebenaran jua...
Kesabaran menguji diri ku untuk kesekian kali nya
Kerendahan diri bukan bererti aku mengalah
Tapi itu semua akan merongkai satu kebenaran
Yang di salah erti kan....

Ku pujuk lagi hati ini......
siapa dia dan siapa aku tanpa ikatan
yang luhur...ahhhhhhhhh....
Biarkan lah berlalu mungkin ini
Ada hikmah yang tersembunyi

Ku serah kan segala pada yang
Maha kuasa......
Tenang kalbu ini kembali
yang penting segala nya adalah dugaan
Dalam menempuh kehidupan

Aku akan terus kan perjuangan hidup ini
Aku akan terus menlangkah kaki ini
Dengan satu iktikad di atas landasan
Kebenaran dan kejujuran

Hasil nukilan>
Ayu kartika/sandakan/2012

(Nukilan ini ku tujukan buat teman yang tersayang)


Tuesday, 1 May 2012

LEWAT PERKENALAN

LEWAT PERKENALAN INI

Lewat perkenalan ini
Kurasakan seperti ada sesuatu
Yang menganggu fikiranku
Mungkin kah kenangan
Pahit masa silam ku...?
Imbauan memori lalu
Menerjah benakku
Saban hari umpama beban
Yang tidak bertahan
hari hari yang ku lelui
Ku rasakan berlalu pantas
Meninggalkan jauh'Nostalgia dan kenangan
Yang pernah suatu waktu
Mewarnai kamus hidupku
Namun segalanya telah pun berlalu pergi
Tanpa ku sedari....
Airmata ini
Terlalu berharga dan aku sedar
Aku perlu bangkit
Untuk meneruskan impian
Yang masi belum ku gapai...
Semoga masi ada sinar
Yang menantiku
Dengan sebuah harapan yang..
Bakal menceriakan segenap sisa
Perjalanan hidupku ini
Kini ku teruskan langkah
Untuk meneruskan penghidupan
Yang tidak surut dari dugaan
Dan cabaran
Meninggalkan memori silam
Moga dapat ku temupuhi
Dengan tenang sesungguhnya
Perjalanan  ini masi belum berakhir lagi.........

hasil nukilan>

Ayukartika/sandakan/2012